Tonton: Aksi Dominic Tan Bungkus Melaka United Ikat Tepi
TV
Sabah FC
Advertisements

Umum mengetahui bahawa Sabah FC berjaya menumbangkan Melaka United 2-1 dalam aksi Liga Super tempoh hari, namun aksi pemain pertahanan tengah Sabah, Dominic Tan jelas sekali menjadi perhatian sesiapa yang menonton perlawanan tersebut.

Dominic, 25 merupakan pemain baharu yang dibawa masuk pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee pada awal musim ini. Beliau tidak menunggu lama untuk menyerlah di bawah kendalian bekas jurulatih bawah 23 tahun kebangsaan itu.

Sehingga kini, Dominic sudah diturunkan dalam 13 perlawanan Liga Super dengan mengumpul keseluruhan 1030 minit permainan. Dengan kekerapan beraksi di pentas Liga Super musim ini, kematangan permainan Dominic semakin terserlah.

Advertisements

Pada aksi menentang Melaka United, Dominic beraksi penuh dan berjaya mematahkan beberapa serangan dari trio serangan Melaka United yang terdiri daripada Ifedayo Olusegun, Emmanuel Oti dan Sony Norde.

Gandingan Dominic bersama Rawilson Batuil, Alto Linus dan Gerald Gadit juga perlu diberikan kredit kerana walaupun tanpa pertahanan import, mereka mempamerkan kerja-kerja bertahan dengan baik sekali.

Dominic bukanlah nama yang asing bagi peminat bola sepak Malaysia apabila nama beliau kerap kali dipanggil ke kem latihan skuad kebangsaan. Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon juga telah menyenaraikan Dominic dalam senarai akhir pemain yang dibawa ke Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun lepas di mana Malaysia layak ke Piala Asia secara merit.

Advertisements

Ayuh tonton aksi-aksi berkualiti yang ditampilkan Dominic Tan ketika menentang Melaka United pada Ahad lepas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram