Umum diketahui ramai bahawa nasib pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer kini ibarat berada di hujung tanduk setelah prestasi buruk skuadnya. Kekalahan besar 5-0 kepada Liverpool di Old Trafford memarakkan lagi api kekecewaan para penyokong setia Manchester United ketika ini.
Tidak sampai 24 jam selepas kekalahan tersebut, kedudukan Ole sebagai pengurus mula menjadi perhatian setelah nama-nama seperti Antonio Conte, Zinedine Zidane dan Brendan Rogers disebut sebagai calon pengurus Manchester United yang seterusnya. Malah pengarah pengurusan Manchester United, Richard Arnold telah membatalkan semua janji temu dan mesyuarat beliau bagi membincangkan hala tuju Ole bersama Manchester United.
Namun menurut Fabrizio Romano, pengurusan tertinggi Manchester United bakal memberikan Ole peluang terakhir dalam pertemuan menentang Tottenham Hotspurs pada Ahad ini. Tekanan jelas dirasa Ole setelah mula kehilangan kepercayaan daripada para pemain dan penyokong United.

Pemecatan Ole Bukan Perkara Mudah
Keputusan memecat Ole Gunnar Solskjaer bukanlah satu perkara mudah buat Manchester United kerana beliau baharu sahaja memeterai kontrak panjang sehingga tahun 2024. Malah Solskjaer yang merupakan bekas pemain United mempunyai kesefahaman yang tinggi tentang budaya dan cara Manchester United beraksi. Selepas persaraan Sir Alex Ferguson, prestasi pasukan The Red Devils ini terumbang-ambing malah pengurus turut silih-berganti dari David Moyes kepada Van Gaal dan kepada Jose Mourinho.
Walaupun pengurus seperti Van Gaal dan Jose Mourinho mampu memberikan piala buat kelab, namun kaedah pengurusan mereka tidak sama atau telah ‘lari’ dari gaya sebenar Manchester United. Contohnya, Van Gaal telah mengubah gaya permainan attacking United kepada possession football. Mourinho pula mula membelanjakan wang besar bagi membawa masuk pemain yang dikehendakinya seperti Paul Pogba, Fred, Eric Bailly, Henrikh Mkhitaryan dan banyak lagi. Malah peluang pemain akademi turut semakin mengecil dibawah kendalian Mourinho.
Sejak Ole mengurus United, beliau mengubah kelab kepada gaya asal dengan menggunakan sistem yang lebih attacking sewaktu beliau hadi sebagai pengurus interim dan turut memberi peluang kepada para pemain akademi sehinggakan pemain seperti Mason Greenwood dan Brandon Williams meraih perhatian penyokong. Ole kemudian menerapkan gaya permainan counter attack dengan sistem 4-3-3 atau 4-2-3-1.
Musim lalu, Manchester United berjaya menamatkan liga ditangga kedua malah merupakan finalist Europa League sebelum tewas dalam penentuan sepakan penalti kepada Villarreal. Seakan-akan bakal menjadi pengganti Sir Alex, prestasi United bersama Ole pada musim ini telah menidakkan harapan para penyokong United.

Masalah United Semakin Ketara
Kelemahan pertahanan United bukanlah satu perkara baru, United turut mengalami perkara sebegini pada musim lepas. Kerana itulah Ole sanggup melaburkan wang untuk mendapatkan Raphael Varane walaupun pemain tersebut berbaki 1 tahun kontrak bersama Real Madrid. Ini bagi menguatkan pertahanan tengah United.
Aksi Maguire pada musim ini banyak menghukum pasukan apabila beliau kerap melakukan mistake dan lemah dalam man marking. Ianya bertambah teruk apabila Luke Shaw turut mengalami penurunan prestasi pada musim ini berbanding aksi cemerlang beliau pada musim lepas.
Bahagian tengah United juga bukanlah isu baharu kerana pada musim panas lalu kelab turut memburu seorang pemain tengah bagi memperbaiki pasukan namun berlaku perubahan perancangan setelah mereka menanda tangani bekas pemain mereka, Cristiano Ronaldo.
Musim ini Ole gemar menggunakan gandingan dua pemain tengah iaitu Fred dan Mctominay walaupun aksi Fred tidak konsisten. Malah beliau mengarahkan 2 pemain ini untuk bermain sebagai defensive midfielder, ini jauh dari tugas hakiki mereka selaku pemain tengah yang bersifat box to box player.

Kebingungan Dalam Keputusan Ole
Apa yang lebih membingungkan para penyokong ialah keputusan Ole untuk menurunkan pemain half fit dalam pertemuan menentang Liverpool. Malah posisi pertahanan dan posisi tengah United juga diberikan kepada pemain yang sama.
Contohnya posisi right back, kemerosotan Luke Shaw seharusnya diubati dengan memberikan Alex Telles peluang. Telles mempunyai kemahiran defending yang tinggi selain kemampuan beliau dalam melakukan crossing apabila menyerang dari bahagian kanan. Selain itu, Ole juga tidak ingin menggunakan Van De Beek dibahagian tengah bagi meningkatkan lagi peluang United dalam fasa menyerang. Walaupun Van De Beek merupakan pemain tengah menyerang (sama dengan peranan Bruno Fernandes), namun beliau mempunyai kemahiran teknikal dan kreativiti yang tinggi seandainya diletakkan diposisi tengah pasukan.
Selain itu Ole juga dilihat gemar menggunakan pemain British dalam pemilihan kesebelasan utama pasukan. Aaron Wan Bissaka, Harry Maguire, Luke Shaw, Jadon Sancho, Greenwood dan Jesse Lingard antara pemain yang menjadi pilihan Ole. Pemain seperti Diogo Dalot, Van De Beek dan Eric Bailly semakin tersisih walaupun mereka cergas dan menunjukkan prestasi yang hebat sewaktu sesi latihan.

Keharmonian Pasukan Terjejas
Ekoran beberapa siri kekalahan United pada perlawanan lepas, skuad United dilihat mula hilang kepercayaan kepada Ole Gunnar Solskjaer. Dalam satu laporan Mirror, Eric Bailly telah mempersoalkan secara terangan kenapa beliau tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Liverpool sedangkan beliau cergas dan mampu bermain.
Malah Cristiano Ronaldo juga dilihat mempunyai masalah dengan pemain muda United, Mason Greenwood menurut Mirror. Mereka dilihat saling tidak bertukar hantaran malah Greenwood lebih gemar melakukan percubaan terus berbanding melorongkan bola kepada Ronaldo.

Antonio Conte Calon Utama Pengurus Baharu United
Antonio Conte dilaporkan berminat untuk menyertai United malah beliau mengecualikan pendirian untuk tida menyertai mana-mana kelab sewaktu pertengahan liga kerana menganggap United pasukan yang istimewa. Conte juga yakin beliau mampu memberikan aksi cemerlang dengan menggunakan skuad sedia ada.
Kredibiliti Conte sebagai pengurus amat hebat kerana pengurus ini telah menggapai pelbagai kejuaraan bersama Juventus malah beliau turut memenangi Premier League bersama Chelsea dalam musim pertama beliau. Bersama Inter Milan, Conte memerlukan 2 musim sahaja untuk memenangi Serie A.
Namun beliau telah menetapkan bahawa beliau ingin menentukan sendiri pemilihan pemain dan tidak ingin pengurusan United masuk campur terhadap kaedah beliau mengendalikan pasukan United sekiranya diberikan jawatan selaku pengurus United. Ini sedikit memberikan dilema kepada pengurusan United kerana gaya permainan Conte sedikit tersasar dengan gaya klasik Manchester.
Penutup
Antonio Conte jelas merupakan calon utama United ketika ini sekiranya Ole dipecat. Nasib Ole juga bergantung kepada keputusan menentang Tottenham kelak sama ada beliau akan terus diberi kepercayaan untuk meneruskan projek jangka masa panjang United.