Trio Afrika Tinggi Lampai Jadi Sandaran Kelantan
Dunia
Kelantan FC
Advertisements

Kelantan FC mempunyai pendekatan yang berbeza musim ini berbanding musim-musim sebelumnya apabila membawa masuk pemain yang mempunyai fizikal yang tinggi terutamanya di bahagian serangan pasukan.

Selepas disahkan tidak melanjutkan kontrak tiga pemain import musim lalu, Kelantan telah membawa masuk dua penyerang baru yang mempunyai ketinggian melebihi 1.90 meter. Dua penyerang yang dibawa masuk itu adalah dari benua Afrika iaitu Nuha Marong (Gambia) dan Ismahil Akinade (Nigeria).

Nuha Marong mempunyai ketinggian 1.93 meter manakala Ismahil Akinade pula mempunyai ketinggian 1.90 meter. Kedua-dua penyerang ini dijangka menjadi sandaran utama Kelantan dalam mengharungi saingan Liga Super 2023.

Advertisements

Selain dua penyerang import ini, penyerang musim lalu dari Haiti, Kervens Belfort turut dikekalkan. Belfort yang merupakan pemain yang mampu beraksi di posisi penyerang dan sayap turut memiliki bentuk fizikal yang tegap dan ketinggian 1.85 meter.

Gandingan trio dari Afrika ini membuktikan Kelantan bakal menggunakan kelebihan fizikal di bahagian serangan bagi menjaringkan gol. Selain penyerang tinggi lampai, Kelantan juga sedang mencuba pemain pertahanan tengah dari Korea Selatan yang juga mempiunyai fizikal yang tinggi, Kim Min-kyu dan pemain sayap lincah dari Korea Selatan, Kang Yi-chan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram