Trio Jepun Daizen Maeda, Yosuke Ideguchi & Reo Hatate Sertai Celtic
Dunia
Sky Sports Football
Advertisements

Walaupun jendela perpindahan Januari 2022 hanya akan dibuka esok (petang waktu Malaysia), itu tidak menghalang kelab-kelab Eropah daripada membuat pembelian awal. Gergasi Scotland Celtic mengesahkan pembelian trio pemain Jepun iaitu Daizen Maeda, Yosuke Ideguchi dan Reo Hatate.

Ideguchi, 25, dan Hatate, 24, menyertai Parkside dengan kontrak empat setengah tahun dari Gamba Osaka dan Kawasaki Frontale. Sementara Maeda, 24, pula menyertai Celtic secara pinjamadari Yokohama F. Marinos dengan klausa perpindahan tetap pada akhir musim.

Trio ini menyertai Kyogo Furuhashi di Parkside yang tiba pada musim panas lepas dari Vissel Kobe. Furuhashi menjadi pujaan penyokong selepas menjaringkan lapan gol daripada 14 perlawanan. Impak beliau hampir serupa dengan impak legenda Celtic dari Jepun, Shunsuke Nakamura. Ramai peminat Bhoys berharap trio ini dapat mengulangi impak serupa Nakamura terhadap kelab berkenaan.

Advertisements

Pengurus Celtic, Ange Postecoglou mengenali trio Jepun ini semasa menguruskan Yokohama F. Marinos. Maeda merupakan bekas anak buahnya di Marinos dan merupakan penjaring terbanyak Liga-J musim ini dengan 23 gol. Sebelum itu, beliau pernah berkelana di Eropah dengan beraksi di kelab Maritimo di Portugal.

Eropah juga bukan tempat asing untuk Ideguchi. Beliau pernah beraksi bersama Leeds United pada 2018 dan pernah merasa pengalaman dipinjamkan ke Cultural Leonesa (Sepanyol) dan Greuther Furth (Jerman). Selepas kontraknya tamat, Ideguchi kembali ke Gamba, Beliau membuat 15 penampilan bersama pasukan kebangsaan Jepun.

Sementara Hatate pula segar daripada kejayaan mengekalkan gelaran Liga-J bersama Frontale. Beliau juga merupakan ahli pasukan Olimpik Jepun yang menduduki tempat keempat untuk acara bola sepak semasa Sukan Olimpik 2020 yang berlangsung pada pertengahan tahun ini.

Advertisements

Dari satu segi, cabaran utama bagi pemain Jepun ialah aspek fizikal, kelajuan dan ketahanan permainan bola sepak. Cabaran bola sepak di negara asing jauh lebih mencabar berbanding di negara Matahari Terbit itu. Tetapi jika trio ini berjaya beradaptasi dengan cepat, maka ia bukan satu masalah untuk berjaya dalam Liga Perdana Scotland.

Satu lagi aspek lain ialah kehadiran Furuhashi, Ideguchi, Maeda dan Hatate membuka peluang penajaan baru di sebelah Asia terutama dari Jepun. Akses kepada pasaran komersial di benua berkenaan boleh memberi pulangan lumayan kepada kelab. Ia sedikit sebanyak dapat merapatkan jurang kewangan antara mereka dengan kelab musuh setempat, Rangers.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram