Dunia
JST
Advertisements

Umum mengetahui Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya memenangi kesemua piala yang dipertandingkan di peringkat domestik. Selain memenangi kesemua piala, JDT juga berjaya memenangi Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut.

Kejayaan pasukan JDT itu turut dihiasi dengan ketajaman luar biasa trio serangan mereka yang terdiri daripada Bergson da Silva, Fernando Forestieri dan Arif Aiman. Gandingan trio serangan JDT ini sentiasa menjadi igauan ngeri buat barisan pertahanan pasukan lawan.

Satu tinjauan telah dibuat di laman web transfermarkt dengan menyaksikan trio serangan JDT itu kini berada di tangga teratas sebagai trio serangan yang paling banyak menjaringkan gol iaitu dengan meledak 79 gol keseluruhan.

Advertisements

79 gol tersebut terhasil daripada Bergson (46 gol keseluruhan), Forestieri (25 gol keseluruhan) dan Arif Aiman (8 gol keseluruhan). Trio serangan JDT ini meninggalkan trio serangan dari kelab Flamengo dan Fluminense yang berada di tangga kedua dan ketiga.

top scoring trios Trio Serangan JDT Kini Di Mata Dunia
Trio serangan JDT kini di mata dunia.

Kecemerlangan trio serangan JDT ini dijangka akan berterusan untuk musim hadapan apabila mereka disahkan akan terus beraksi bersama JDT 2023. Dalam masa yang sama, JDT juga akan membawa penyerang baharu dari Brazil pada musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram