TRW Kelantan Dapat Lanjutan Masa Daftar Pemain
Liga M3
TRW Kelantan FC
Advertisements

TRW Kelantan FC dan beberapa pasukan lagi diberikan lanjutan masa untuk mendaftar pemain bagi saingan Liga A1 Semi Pro musim ini.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AFL, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad dalam satu sesi temubual bersama Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

“AFL beri lanjutan pendaftaran pemain hingga 24 Mei kpd 8 pasukan Liga A1 termasuk Kelantan FC.

Advertisements

“7 pasukan membuat permohanan rasmi bagi lanjutan tempoh merujuk kpd isu ITC pemain import & Kelantan FC dikira bernasib baik kerana termasuk dalam tempoh lanjutan yang sama,” kongsi Fina Nasrom di laman X.

Sebelum ini, TRW Kelantan FC dilaporkan tidak mempunyai bilangan pemain yang mencukupi untuk terus bersaing dalam kancah liga semi-pro tersebut.

Advertisements

Dengan talian hayat yang diberikan AFL ini, Kelantan FC berpeluang untuk mencapai sasaran tersebut bagi membolehkan pasukan yang sarat dengan sejarah itu terus beraksi dalam kancah bola sepak Malaysia.

Sebelum ini, nama Kelantan FC disenaraikan sebagai salah satu pasukan yang mewarnai MBSB Bank Championship untuk musim 2024/2025.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram