Tuchel Bimbang Khidmat Pulisic Ditagih USA
EPL
Chelsea FC
Advertisements

Jurulatih pasukan Chelsea, Thomas Tuchel menyatakan rasa khuatir terhadap pemain sayapnya Christian Pulisic selepas khidmat beliau bakal ditagih oleh pasukan kebanggsaan USA bagi saingan kelayakan Piala Dunia minggu ini. 

Hal ini kerana beliau baru sahaja membuat penampilan pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila dimasukkan sebagai pemain gantian pada aksi menentang Burnley tempoh hari. 

Sebelum ini,  pemain berusia 23 tahun itu telah mengalami kecederaan buku lali ketika aksi kelayakan Piala Dunia peringkat kumpulan. Oleh itu, jurulatih dari Germany itu juga akui bimbang akan keadaan kecergasan Pulisic jika khidmatnya gagal digunakan dengan baik oleh pasukan kebanggsaan USA. 

Advertisements

Dalam pada itu, Tuchel juga menasihati jurulatih pasukan USA, Gregg Berhalter untuk mengambil kira tahap kecergasan beliau sebelum menurunkan dalam perlawanan antarabangsa agar tidak ‘overuse’ yang boleh mendatangkan kecederaan semula kepada pulisic. 

Khidmat Pulisic amat diperlukan Tuchel oleh kerana sebelum ini beliau menjadi watak penting buat kemenjadian pasukan Chelsea dalam kemenangan menentang Malmo ketika aksi Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.

“Saya harap mereka tidak terlalu menggunakan dia, Saya harap mereka cukup bertanggungjawab. Christian masih berasa sedikit kesakitan. Cuma ia masih menyakitkan. Kami memerlukannya untuk kembali. Tetapi ya, kami agak bimbang.” 

Advertisements

“Semoga (pasukan USA) dan beliau sendiri bertanggungjawab dan tidak terbawa-bawa dengan emosi dengan membantu negaranya memenangi perlawanan yang sangat penting. Semoga semuanya berjalan lancar dan minit-minit akan meningkatkan dia dan dia kembali lebih kuat.” kata Tuchel

Tuchel juga berharap dengan minit permainan yang diberikan dalam aksi antarabangsa mampu meningkatkan tahap beliau ke tahap yang lebih tinggi apabila beliau kembali ke Stamford Bridge nanti. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram