Tular Aksi Cemerlang Azmeer Aris Yang Buatkan Manuel Hidalgo ‘Mati Kutu’
Blog
MFL
Advertisements

Perlawanan Liga Super yang melibatkan Kedah Darul Aman FC bertemu Sri Pahang tempoh hari menyaksikan pasukan Kedah berjaya mengutip 3 mata penuh di halaman sendiri dengan keputusan 1-0.

Walaupun perlawanan tersebut dibayangi beberapa kontroversi yang melibatkan keputusan pengadil, namun kedua-dua pasukan berjaya memperagakan aksi menarik untuk ditontonkan.

Di sebalik kemenangan tipis yang diraih Kedah itu, pemain pertahanan kiri Kedah, Azmeer Aris mencuri tumpuan dengan aksi bertahan berkualiti sehinggakan Manuel Hidalgo kerap kali tidak berjaya melepasi kawalan beliau.

Advertisements

Pemain berusia 22 tahun itu merupakan pemain baharu Kedah pada musim ini selepas berhijrah dari pasukan Penang FC. Selain beliau, dua lagi bekas pemain Penang juga menyertai pasukan Kedah musim ini iaitu Amer Azahar dan Khairu Azrin.

Untuk rekod, Azmeer telah diturunkan dalam kesemua perlawanan melibatkan pasukan Kedah iaitu sebanyak empat kali. Tiga penampilan untuk saingan Liga Super dan satu untuk Piala FA.

Selain mempunyai sisi bertahan yang baik, Azmeer juga kerap naik ke atas untuk membantu pasukan dalam melakukan serangan ke atas pihak lawan. Selain itu, beliau juga mempunyai kemampuan untuk mengambil ‘set-piece’ seperti sepakan percuma dan sepakan sudut.

Advertisements

Aksi bertahan berkualiti yang dipamerkan Azmeer ini pastinya mendapat perhatian pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Brad Maloney dalam usaha memantapkan pasukan untuk kejohanan mendatang seperti Sukan Sea di Vietnam dan Piala Asia B-23 Jun nanti.

Mari tonton aksi cemerlang Azmeer Aris ketika beraksi menentang Sri Pahang tempoh hari.

Kredit : IG sp_channelz
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram