Tular Aksi Kebal Harith Haiqal Yang Buatkan Nguyen Tien Linh Sakit Kepala
Asia Tenggara
MakanBola
GOAL
Advertisements

Pemain pertahanan muda negara, Harith Haiqal berjaya membuka mata ramai pihak apabila mempamerkan kekebalannya dalam mengawal benteng pasukan Bawah-23 tahun (B-23) negara dalam temsaya Sukan Sea Hanoi.

Di media sosial, telah tular aksi mengagumkan dari Harith semasa beliau beraksi bersama skuad negara di pentas separuh akhir menentang pasukan tuan rumah, Vietnam. Walaupun tewas 0-1 namun benteng kebal pasukan muda negara wajar diberikan pujian.

Advertisements

Harith beraksi dengan cukup cemerlang dalam perlawanan tersebut dengan sentiasa mematahkan gerak serangan yang dibina Vietnam selain merantai pergerakan penyerang berbisa Vietnam, Nguyen Tien Linh. Walaupun Tien Linh berjaya meledak melalui tandukan pada separuh masa kedua masa tambahan, namun pada ketika itu, Harith sudah dikeluarkan kerana mengalami kecederaan.

Selepas Harith dikeluarkan, pasukan negara masih beraksi dengan baik sebelum sedikit kesilapan dari penjaga gol yang membolehkan Tien Linh mencetak nama sebagai penjaring gol kemenangan Vietnam.

Advertisements

Walaupun beraksi untuk Selangor 2, namun ketenangan yang dimilki Harith dalam mengawal pertahanan sudah seperti seorang pemain senior dan rata-rata penyokong Selangor mahukan nama Harith sentiasa bersama kesebelasan utama Selangor untuk beraksi dalam saingan Liga Super.

Ayuh kita tonton video yang menunjukkan kekebalan Harith dalam perlawanan menentang Vietnam tempoh hari.

Advertisements
Kredit video : @sp__channelz

Advertisements

News Comments Account