Tular Aura Hebat TMJ Pimpin JDT Julang Piala FA
Piala FA
JDT TV
Advertisements

Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika menjulang trofi Piala FA 2023 baru-baru ini semestinya masih segar diingatan penyokong skuad Harimau Selatan.

Disebalik kejayaan JDT menewaskan pasukan KL City dalam aksi final tempoh hari, ada figura penting yang turut bersama hadir melaungkan kata-kata semangat kepada para pemain.

Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Instagram rasmi JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dilihat turun ke bilik persalinan JDT dan memberi motivasi tambahan buat kem Harimau Selatan.

Advertisements

Video yang berdurasi satu minit itu terus tular dan mencuri tumpuan ramai. Kata-kata yang dilontarkan TMJ di bilik persalinan JDT mendapat perhatian serta pujian ramai pihak. Rata-ratanya memuji karakter yang ditonjolkan TMJ sebagai seorang pemimpin.

“Kita akan bermain untuk mengingatkan pada semua bahawa tiada siapa yang boleh mengambil kejayaan ini daripada kita. Kalian, pandang saya! Di luar sana ada kejayaan, ambil ia milik anda,” laung TMJ

Video tersebut kini mencecah lebih 650 ribu tontonan di Instagram, dan turut ditularkan di beberapa platform media sosial lain seperti Tiktok, Twitter dan Facebook.

Advertisements

Aura kepimpinan yang dimiliki TMJ ini harus dicontohi pemilik-pemilik kelab bola sepak. Kehadiran figura seperti TMJ ini amat penting sebagai pembakar semangat kepada para pemain sebelum mereka turun berperang diatas padang.

Ledakan berbisa Nataniel Hong Wan dan jaringan Leandro Velazquez telah memastikan trofi Piala FA ketiga dijulang Johor Darul Ta’zim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram