Tular Gelagat ‘Budak Milo’ Dalam Teduhan Baju Shahrul Nizam
Dunia
Unifi
Advertisements

Gelagat pemain pertahanan Terengganu FC, Shahrul Nizam ketika permulaan perlawanan bersama seorang ‘budak milo’ memcuri tumpuan hingga ke Eropah.

Terengganu meneruskan kempen Piala Malaysia berdepan Sri Pahang di laman sendiri yang menyaksikan pasukan menang dengan keputusan 4-2.

Walau bagaimanapun, gelagat pertahanan muda ini kembali mencuri tumpuan apabila kelihatan seorang anak kecil yang menjadi pengiring pemain berteduh di dalam baju beliau.

Advertisements

Aksi ini berjaya dirakam pada permulaan pemajn berbaris untuk menyanyikan lagu negeri masing-masing.  

Namun begitu, penampilan pemain yang mesra disapa Nijey ini tidak bertahan lama apabila beliau dilayangkan kad merah selepas menghalang peluang Steven Rodriguez menjaringkan gol.

Sungguhpun beraksi dengan 10 pemain, ia tetap tidak menghalang anak didik Nafuzi Zain untuk melangkah penuh bergaya ke peringkat suku akhir bertemu juara edisi lalu, KL City.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram