Perbualan tegang antara Lionel Messi dan pengadil Portugal, Joao Pinheiro dalam aksi suku akhir Piala Dunia Argentina menentang Switzerland tular di media sosial.
Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano melaporkan legenda Argentina itu merasakan dirinya tidak dihormati pengadil berkenaan.
Lantas, Messi dilaporkan menzahirkan kata-kata ini, “Tolong bercakap dengan saya secara teratur. Jangan biadap dengan saya, saya bercakap dengan anda secara hormat.”
Komen itu timbul apabila Pinheiro mahu Messi dan dinding benteng Argentina untuk berundur mengikut jarak yang ditetapkan untuk sepakan percuma. Tindakan pengadil Portugal itu dilaporkan mencetuskan kemarahan legenda Barcelona itu.
Komen berkenaan mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak sejak dimuat naik ke media sosial.
Ini bukan satu-satunya insiden membabitkan Pinheiro. Beliau kemudiannya melayangkan kad kuning kedua kepada pemain Switzerland, Breel Embolo.
Ini selepas VAR mengesan Embolo sebenarnya menjatuhkan diri dalam kotak penalti dan bukan kerana dijatuhkan pemain Argentina, Leandro Paredes. Lantas, kad kuning yang dilayangkan kepada Paredes dibatalkan.
Perlawanan itu menyaksikan Argentina dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan 10 pemain Switzerland 3-1 pada masa tambahan. Selepas ini, mereka akan menentang England di peringkat separuh akhir.