Tular Video Asnawi Mangkualam Terkumat-Kamit Berzikir Sebelum Turun Padang

Asnawi Zikir Tular Video Asnawi Mangkualam Terkumat-Kamit Berzikir Sebelum Turun Padang
PSSI

Kemenangan pasukan Indonesia ketika menentang Malaysia tempoh hari terus diperbualkan. Di media sosial hari ini, beberapa penyokong Indonesia berpendapat tindakan kapten Indonesia, Asnawi Mangkualam Bahar yang berzikir sebelum beraksi merupakan antara nilai tambah kepada kemenangan pasukan mereka.

Dalam satu video yang tular, Asnawi Mangkualam dilihat sedang berzikir dengan menggerak-gerakkan jari jemarinya sebelum sepak mula. Difahamkan, perkara itu dilakukan Asnawi pada perlawanan menentang Malaysia tempoh hari.

Ketika berdiri di terowong masuk stadium, sebelum diarah beratur dan berjalan masuk ke padang, Asnawi memanfaatkan masanya dengan berzikir. Tatkala pemain-pemain lain turut sama cuba menenangkan diri, kurangkan gementar atau mencari mood sebelum beraksi, Asnawi menenangkan hatinya dengan zikir.

Video yang dirakam oleh pasukan media Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) itu telah mendapat liputan yang meluas di Youtube, Twitter hingga mencapai lebih 14 ribu tontonan di Instagram dan juga 863 ribu tontonan di platform Tiktok.

Semoga video tersebut dapat memberi inspirasi dan manfaat buat semua umat manusia untuk terus konsisten beribadah kepada yang maha esa.