Tular Video Pengadil Jepun Koyak Dengan Ubaidullah
Asia Tenggara
Mediacorp/ Teamuitm/ JFA
Advertisements

Dengan kekalahan 1-2 Malaysia kepada Vietnam dalam aksi kumpulan B Sukan Sea Kemboja semalam, kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada temasya sukan Asia Tenggara ini lebih awal. Malaysia kini hanya perlu melengkapkan jadual menentang Singapura pada 11 Mei ini.

Namun disebalik kekalahan bermaruah pasukan muda negara itu, yang menjadi tumpuan adalah beberapa keputusan pengadil yang dilihat seperti berat sebelah sekali gus menimbulkan rasa kemarahan pemain.

Antara yang terkesan dengan mutu pengadilan itu adalah pemain pertahanan muda negara, Ubaidullah Shamsul. Pemain pertahanan Terengganu FC itu akhirnya melepasakan geram selepas wisel penamat ditiupkan pengadil, Jumpei Iida.

Advertisements

Ubaidullah pergi ke arah pengadil dan menepuk tangan di hadapan pengadil dari Jepun itu. Jumpei yang tidak boleh menerima tindakan Ubaidullah itu tidak mengambil masa yang lama untuk melayangkan kad kuning terakhir perlawanan.

Sememangnya kekalahan itu agak perit untuk ditelan ditambah pula mutu pengadilan yang agak berat sebelah. Sudah tentu Ubaidullah mahu memberi pengajaran berguna kepada Jumpei namun beliau pula dihukum dengan layangan kad kuning.

Advertisements

Kejadian tersebut telah pun dikongsikan oleh media Singapura di laman Youtube mereka. Melalui tinjauan Makanbola di ruangan komen, rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan yang dipersembahkan Jumpei Iida selain drama pemain Vietnam yang berkesan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram