Tunggakan Gaji Allee Putra 7 Bulan? Zamsaham Anggap Ia Kes Terpencil
Liga M3
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham berdepan kontroversi apabila didakwa tidak melunaskan tunggakan gaji bekas pemain mereka, Allee Putra Azril selama tujuh bulan.

Isu ini hangat diperkatakan di media sosial susulan satu pertanyaan yang dibuat seorang penyokong Kelantan kepada Norizam baru-baru ini.

Beliau yang mesra disapa Zamsaham memaklumkan isu tunggakan gaji Allee Putra yang dibangkitkan itu sebagai kes terpencil.

Advertisements

Ini kerana gaji beliau dibayar oleh penaja, Roslan Architect (R2A) menerusi persetujuan yang dimeterai antara syarikat itu dengan Allee dan bapanya, Azril Mohd Zawawi selepas menyertai The Red Warriors.

Apabila Allee tidak menerima gaji yang dinyatakan, R2A memaklumkan kepada Kelantan bahawa mereka hanya mampu membayar separuh daripada nilai gaji yang dipersetujui sebelumnya.

Zamsaham kemudiannya menasihati pihak mereka untuk merundingkan semula perkara itu dengan Azril bagi mengelak isu ini berbangkit.

Advertisements

“Baik, berkenaan kes (Allee Putra) ini, kes ini unik dan kes ini terpencil. Allee datang ke Kelantan dengan bapa dia, Encik Azril (Mohd Zawawi). Dia ada seorang kawan baik bernama Roslan (Razak, pengarah urusan R2A).

“Encik Roslan ini merupakan penaja Allee semasa berada di Malaga City FC. Jadi, Allee dan Encik Roslan ini beritahu nak bermain dengan Kelantan untuk musim 2023. Jadi, saya kata nak main boleh.

“Dan dia (Encik Roslan) ini besetuju nak bayar gaji. Jadi, saya kata, ‘Nak bayar gaji lagi bagus.’ Jadi, dia bersetuju untuk bayar gaji penuh.

Advertisements

“Dan ada satu surat perjanjian yang mengatakan R2A akan bayar gaji sepanjang berada di Kelantan FC. Untuk bayar semualah termasuk gaji dia, jadi saya kata alhamdulillah.

“Tapi rupa-rupanya, tidak ada bayaran gaji yang dimasukkan dalam akaun Kelantan FC. Bila saya telefon kenapa gaji tak masuk sebab pemain sudah bising tak dapat gaji, dimaklumkan bahawa ada aturan lain pula daripada gaji RM10,000 kepada RM5,000,” katanya di TikTok baru-baru ini.

Situasi ini mula berlarutan apabila hal tersebut diadukan kepada Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM).

Advertisements

Mengakui dari satu segi pengurusan Kelantan patut bertanggungjawab atas apa yang berlaku, Zamsaham pada masa sama lebih suka mencari jalan penyelesaian yang boleh dipersetujui semua pihak.

Beliau turut memaklumkan R2A tidak bersikap lepas tangan dan bersedia melunaskan tunggakan gaji Allee Putra sepenuhnya.

“Saya kata benda itu patut dibincangkan dengan ayah Allee. Jadi, apabila tiba-tiba saya mendapat surat daripada PFAM mengatakan kita tak bayar gaji kepada pemain (Allee).

“Jadi, saya pun agak terkejutlah sebab bila mana pemain-pemain ini ada masalah, semua orang ingat dia ada kontrak dengan Kelantan FC. Maka memang Kelantan FC yang bertanggungjawab dan saya akui kita di Kelantan FC patut bertanggungjawab.

“Cumanya, sudah ada satu aturan iaitu penaja, Encik Roslan, seorang arkitek bersetuju untuk bayar.

“Anda semua boleh rujuk pada lampiran surat ini. Jadi, surat ini sudah keluar dan saya minta arkitek keluarkan supaya penyokong tahu bahawa Allee datang bersama seorang penaja daripada R2A.

“Dan Encik Roslan memberikan komitmen dia untuk menyelesaikan masalah ini. Dan saya sendiri merancang untuk berjumpa Encik Azril dan kedua-duanya sekali bagi menyelesaikan masalah ini,” tambahnya.

Menerusi video sama, Zamsaham turut memaklumkan sedang berusaha melunaskan tunggakan gaji tiga bulan pemain Kelantan.

Ini termasuk memasukkan wang berjumlah RM1,000 kepada setiap pemain bagi membantu mereka meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Video Penuh: Zamsaham Jelaskan Isu Tunggakan Gaji 7 Bulan Allee Putra

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram