Tunku Ismail: 7 Lagi Pemain Malaysia Dari Luar Negara Akan Tambah Kualiti Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Skuad Harimau Malaya bakal diperkuatkan dengan kehadiran tujuh pemain Malaysia yang berpangkalan di luar negara.

Perkembangan ini dikongsikan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor apabila mengulas kemenangan 2-0 pasukan itu ke atas Nepal pada 25 Mac lalu.

Ad

Sebelum ini, skuad negara diperkuatkan dengan kehadiran jeneral tengah Portimonense, Hector Hevel dan pemain pertahanan CD Tenerife B, Gabriel Palmero.

Ad

Hevel kemudiannya dipilih Peter Cklamovski untuk beraksi dalam kesebelasan utama Harimau Malaya menentang The Gorkhalis.

Graduan akademi ADO Den Haag itu membalas kepercayaan jurulatih Australia itu dengan meledakkan gol pertama aksi berkenaan. Hevel turut menjayakan sepakan percuma yang membawa kepada gol kedua yang dijaringkan Corbin Ong.

Ad

Impak besar pemain berusia 28 tahun itu menyebabkan beliau dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Ad

Atas sebab itu, Tunku Ismail percaya kehadiran tujuh lagi pemain Malaysia yang berpangkalan di luar negara mampu menambah kualiti pasukan itu.

Ad

“Tujuh lagi lagi pemain Malaysia yang berpangkalan akan menambah lebih banyak kualiti dan membantu pasukan,” katanya di X.

Selain Hevel dan Palmero, pemain pertahanan Sabah FK, Jon Irazabal juga merupakan calon pemain baharu Malaysia.

Harimau Malaya kini mengalihkan fokus kepada aksi menentang juara ASEAN Championship, Vietnam. Perlawanan itu akan berlangsung pada 10 Jun ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments