Tunku Ismail: Bagus Ada Wake-Up Call, JDT Akan Kembali Berbelanja Besar
Dunia
Tunku Ismail
Advertisements

Selepas kekalahan di perlawanan akhir Piala Malaysia kepada Kuala Lumpur City, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sedar dengan keadaan semasa dan akan berbelanja besar untuk memperbaiki keadaan.

Tunku Ismail turut mengucapkan terima kasih dan menghargai seluruh ahli pasukan Johor Darul Ta’zim di atas kejayaan sebelum ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi perkembangan kelab dan juga beberapa maklumat yang lain. Maklumlah orang jarang kalah ini, sekali sekala bila kalah jadi rajin pula buat kerja. Ada hikmah disebaliknya, bagus juga ada ‘wake-up call’. Buat apa pun jikalau Allah SWT tidak mengizinkan rezeki tersebut bukan kita punya.”

Advertisements

Tunku Ismail turut mengakui bahawa JDT terlalu selesa dan akan melakukan sesuatu musim hadapan.

“Saya rasa untuk tiga musim terakhir ini, kami menjadi terlalu selesa, terlalu yakin dan kami tidak mengeluarkan belanja untuk skuad. Tetapi kini selepas apa yang terjadi, kami akan mula berbelanja semula kerana kami sudah dicabar. Ianya akan menjadikan kami lebih bermotivasi untuk bertanding tahun hadapan. Saya anggap kekalahan semalam adalah positif untuk JDT. Kami akan menjadi lebih obses untuk memperbaiki kesilapan kami dan menguatkan lagi pasukan ini.” Jelasnya di Johor Southern Tigers

“Kami akan menjalani latihan pra-musim di Dubai dan Abu Dhabi untuk bermain dengan beberapa kelab tempatan di sana dan juga kelab-kelab Eropah untuk persiapan kami. Ada beberapa pemain akan dikekalkan, ada yang akan dipinjamkan keluar dan ada pemain yang akan dilepaskan. Pengarah Teknikal JDT akan membuat pengumuman kepada para penyokong dengan lebih mendalam lagi nanti.”

Advertisements

“Saya baru ingat hendak berehat dari bola sepak tahun hadapan tetapi apa yang berlaku membuatkan saya tidak jadi berehat. Seperti yang saya pernah katakan, ‘a wounded Tiger is always eager to bounce back’.” Tambah Tunku Ismail.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram