Tunku Ismail Beri ‘Hint’ Pemain Import Baharu Kemudi JDT Musim Hadapan

TMJ JDT Tunku Ismail Beri 'Hint' Pemain Import Baharu Kemudi JDT Musim Hadapan
Instagram: @hrhcrownprinceofjohor
Azri Haziq @azrihazq
1:45pm 29/12/2021

Tunku Ismail Idris hari ini di IG Story miliknya memberi bayangan beberapa pemain yang akan dibawa masuk ke kelab JDT. Johor Darul Ta’zim sebelum ini masih belum mengumumkan nama-nama pemain yang sah mengikat kontrak bersama JDT musim hadapan.

Namun begitu, Johor Southern Tigers sebelum ini dalam hantaran di Facebook ada mengeluarkan kenyataan dimana kelab gergasi itu bakal berbelanja besar dan akan memancing pemain-pemain berstatus bintang.

Hari ini, pemilik kelab JDT itu seakan-akan memberi hint sepuluh pemain yang bakal dibawa masuk. Antara pemain-pemain itu adalah berasal daripada Sepanyol iaitu seramai tiga orang. Argentina tiga orang, Brazil dua orang manakala pemain kacukan Sepanyol dan Filipina seramai dua orang.

Walau bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak JDT berhubung nama-nama pemain ini. Kelab-kelab liga Malaysia kini dilihat semakin rancak memborong para pemain untuk perkuat pasukan musim hadapan. Sama-sama kita nantikan.