Dunia
hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Dalam satu hantaran di IG Story Tunku Ismail Idris baru-baru ini, Tunku Ismail Idris telah memberi nasihat kepada pihak pengurusan yang mengurus sesebuah kelab. Tunku menjelaskan bahawa kejayaan sesebuah kelab itu amatlah penting dalam arena bola sepak tempatan.

Pemilik Johor Darul Ta’zim itu turut menyelar pihak pengurusan yang mengambil sambil lewa tentang kejayaan pasukan. Tunku juga mempersoal bagaimana sesebuah kelab itu mahu berjaya jika terdapat penipuan dan korupsi dalam pengurusan kelab.

“Macammana nak jadi leader? Poket masing-masing lagi penting daripada kejayaan pasukan.”

Advertisements

Tunku tegas menyatakan bahawa JDT bukanlah sesebuah kelab yang memberi harapan palsu kepada penyokong. Tunku Ismail juga menegur tindakan sesetengah pihak pengurusan yang mengambil kesempatan terhadap kerajaan negeri.

“Henti menipu penyokong. Beri penyokong kebebasan bersuara dan jumpa penyokong,” jelas Tunku Ismail.

Advertisements

Dalam pada itu Tunku menggesa agar pihak pengurusan yang tidak mampu menjaga kebajikan dan adil dalam pasukan untuk meletakkan jawatan dengan segera kerana peruntukan telah diberi kepada negeri tetapi tidak ada perubahan yang berlaku sejak 6 tahun.

Tunku Ismail juga menjelaskan jangan hampakan penyokong, penyokong sentiasa bersatu memberi sokongan terhadap pasukan yang mereka minati, pada waktu yang sama pihak pengurusan juga harus bersikap tulus dan saksama dalam menjalankan tugas yang diberikan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram