Dunia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Undian suku akhir Piala Malaysia menyaksikan pertembungan antara juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga pasukan yang berada di tangga kedua, Kedah Darul Aman FC dalam usaha kedua-dua pasukan untuk merangkul trofi berprestij ini.

Sungguhpun kedua-dua pasukan beraksi dengan cukup cemerlang pada musim ini termasuklah dalam saingan Piala Malaysia kali ini sehingga menyaksikan pasukan Harimau Selatan mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan mencatat rekod bersih dengan enam kemenangan.

Namun begitu, situasi yang melanda kem pasukan Hijau Kuning sedikit sebanyak telah merencatkan persembahan pasukan apabila dikhabarkan para pemain masih belum mendapat gaji mereka.

Advertisements

Akan tetapi, menurut satu kenyataan, pihak pengurusan pasukan telah pun menyelesaikan permasalahan ini dengan melangsaikan segera tunggakan gaji para pemain dalam usaha untuk memastikan persembahan terbaik dapat diberikan ketika bertemu pasukan kendalian Benjamin Mora itu.

Ini dilihat menarik perhatian pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Idris yang memberi peringatan kepada pihak pengurusan pasukan secara umumnya yang seharusnya bertindak secara profesional dalam mengurus tadbir sesebuah pasukan.

Baginda juga tidak mahu faktor bertemu JDT sahaja yang menyebabkan pihak pengurusan segera membayar tunggakan tersebut.

Advertisements

‘Bila nak lawan JDT sahaja ke baru nak bayar gaji? Sampai bila nak perangai macam ni? Kepala pistol.’

Teguran Tunku Ismail mungkin kedengaran tegas namun ianya dianggap sebagai pengajaran buat mana-mana pasukan di Malaysia agar sentiasa menjaga kebajikan pemain.

Pertembungan antara kedua pasukan ini pastinya berlangsung dengan cukup sengit sambil beberapa aksi lain seperti Kuala Lumpur City FC bertemu Selangor FC pastinya menjadi tumpuan para peminat bola sepak tanah air dalam usaha untuk melihat pasukan yang mara ke peringkat separuh akhir.

Advertisements


Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram