Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi bayangan tentang identiti penjaga gol baharu JDT.

Baru-baru ini, tular mengenai sebuah klip perkenalan jersi baharu bagi penjaga gol Harimau Selatan bagi musim 2024/25.

Pelancaran secara dalam talian itu bagaimanapun tertumpu kepada identiti penjaga gol yang kelihatan memakai topeng.

Advertisements

Beliau juga masih tidak memiliki sebarang nombor pada jersinya sekaligus menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards telah mengumumkan bahawa pasukan itu akan membawa masuk penjaga gol baharu bagi musim 2024/25 dengan beberapa laporan menyebutkan bahawa ia bakal melibatkan perpindahan kuota import.

Advertisements

Tunku Ismail akhirnya membuka mulut mengenai perpindahan watak baharu ke JDT ini menerusi satu komen yang ditinggalkan di laman Johor Southern Tigers.

“17SM 🕶️💙❤️🥇,” ujar Tunku Mahkota Ismail pada ruangan komen Johor Southern Tigers.

Advertisements
Copy of Untitled Design 22 Tunku Ismail Buka Mulut Tentang Identiti Penjaga Gol Baharu JDT
Instagram: Johor Southern Tigers

Identiti pemain ini bagaimanapun tidak dapat dipastikan susulan tiada pengumuman rasmi daripada mana-mana pihak setakat ini.

JDT juga telah membawa masuk beberapa watak import baharu seperti Murilo Henrique, Chico Geraldes, Nicolao Dimitru selain pemain tempatan seperti Romel Morales untuk memantapkan pasukan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram