Tunku Ismail: Tak Dapat Stadium Macam Real Madrid, Dapat Stadium Sultan Ibrahim Pun Jadilah
Dunia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibrahim menarik perhatian para penyokong tanah air apabila baginda menzahirkan rasa bangganya dengan mempunyai fasiliti seperti stadium yang gah buat pasukannya.

Ini susulan satu komentar yang diutarakan oleh peminat bola sepak tanah air yang menyatakan pandangan terhadap rekan bentuk stadium terbaru yang dimiliki oleh pasukan gergasi Sepanyol, Reak Madrid

Sungguhpun begitu, komen tersebut diselitkan dengan kenyataan yang merujuk kepada sebuah stadium yang dikatakan paling canggih dari sudut fasiliti yang dimiliki di Asia.

Advertisements

‘Tapi tidak boleh lawan satu stadium di Asia tu, stadium paling canggih dalam dunia.’

Ini secara tidak langsung mendapat perhatian baginda yang nyata amat berpuas hati dengan segala usaha dan penat lelahnya bagi menyediakan segala bentuk kemudahan dan kelengkapan buat pasukan yang berpangkalan di selatan tanah air itu.

Sungguhpun stadium yang dimaksudkan itu merujuk kepada Stadium Sultan Ibrahim yang tidak setanding stadium yang sedang dibangunkan di kota Madrid itu, namun baginda percaya bahawa stadium kelabnya itu sudah berada pada tahap yang sepatutnya.

Advertisements

Bukan itu sahaja, stadium yang terletak di Iskandar Puteri, Johor ini pernah dinobatkan sebagai stadium tahunan terbaik pada tahun 2020 menewaskan beberapa pencabar utama di serata dunia.

Ini sekaligus membuktikan bahawa pasukan Johor sudah berada pada tahap yang sangat baik dalam kalangan pasukan yang bersaing di pentas terbesar di Asia dalam kejohanan Liga Juara -Juara Asia (ACL ).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram