Tunku Ismail Idris: Sikap Kemanusiaan Kunci Kejayaan Sesebuah Organisasi
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris telah berkongsi satu resipi kejayaan dalam menguruskan sesebuah organisasi setelah hampir 8 musim membawa pasukan Harimau Selatan itu mengecapi pelbagai kejayaan.

Baginda yang menjawab satu kenyataan yang dilontarkan oleh @tbfbola di laman Twitter rasminya berhubung dengan peranan yang dilakukan oleh pasukan JDT dalam usaha untuk merawat pemain mereka yang telah ditimpa kecederaan.

Selain itu, nama-nama seperti pemain pertahanan kanan pasukan, S. Kunanlan dan juga Azrif Nasrulhaq antara pemain yang pernah dihantar oleh baginda ke luar negara bagi mendapatkan rawatan yang terbaik dalam usaha untuk memastikan bahawa mereka dapat kembali dalam kondisi yang paling baik.

Advertisements

Baru -baru ini, pemain sayap lincah, Ramadan Saifullah juga dilihat telah pun dibawa ke Barcelona selepas belaiu disahkan mengalami kecederaan yang memaksa JDT melupakan khidmat beliau buat sementara waktu.

Malah, baginda turut menegaskan bahawa tindakan ini merupakan satu tindakan kemanusiaan yang dilakukan oleh seseorang yang mengetuai sesebuah organisasi.

‘Kunci kejayaan dalam sesebuah organisasi ialah sikap kemanusiaan.’

Advertisements

Tunku Ismail juga tida melupakan para penyokong yang sentiasa berada di belakangnya dalam usaha untuk memastikan pasukan sentiasa berada dalam prestasi yang terbaik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram