Dunia
Instagram Tunku Ismail Idris
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris hari ini mengeluarkan kenyataan berkenaan sikap sesetengah pasukan yang masih menggunakan dana kerajaan dengan cara yang salah.

Dalam hantarannya di akaun Isntagram, Tunku Ismail memfokuskan perihal berkaitan padang bola sepak di Malaysia yang masih menggunakan ‘cow grass’ dan tidak dijaga dengan rapi walaupun pasukan bertanding memiliki dana yang besar.

“Sampai bila nak beria dalam media sosial, dalam televisyen, semua kelab, pengurusan, pengacara, bercakap pasal bola sepak semua macam pro tapi padang masih cow grass.”

Advertisements

“Negara jiran semua dah bertahun tukar rumput. Di sini cakap macam pro tapi mentaliti tukar kerusi dan buat gim. Itu sahaja tak habis.”

“Harga padang RM1.4 juta paling mahal, paling murah RM890,000 termasuk sistem aliran air.”

“Takkan tak mampu selepas dah sebat duit kerajaan? Beli import berjuta-juta boleh, buat padang lagi murah dari pemain import tak boleh, lepas itu nak berbual macam pro. **** mentaliti.”

Advertisements

Selain itu Tunku Ismail turut berkongsi kos padang bola sepak Stadium Sultan Ibrahim yang hanya menelan belanja RM1.3 juta termasuk sistem pengaliran air.

Menurutnyanya lagi jangkamasa penukaran rumput hanya memakan masa tidak lebih 4 bulan dan kos penjagaan pula hanya RM240,000 per tahun.

Tunku Ismail turut berharap setiap pasukan bertanding menggunakan dana yang diperoleh dengan baik dan memberikan penakanan pada kualiti padang.

Advertisements

“Setiap pasukan ada bajed paling kurang RM6 juta dan paling tinggi RM32 juta. Harga padang paling rendah RM897,000 dan paling mahal RM1.4 juta.”

“Semua beri tumpuan kepada perancangan jangka masa pendek dan semata-mata nak popular.”

tunku ismail padang Tunku Ismail: Pandai Ambil Duit Kerajaan Tapi Kualiti Padang 'Zero'
Instagram Tunku Ismail Idris
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram