Tunku Ismail: Ref Teruk, Bukan ‘Game’ Ini Sahaja
Dunia
TheStar.com.my
Advertisements

Pertembungan hangat saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 yang menyaksikan Terengganu FC menentang Johor Darul Ta’zim telah menjadi bualan ramai. Walaupun keputusan perlawanan seri 1-1, namun banyak aksi panas yang telah mewarnai perlawanan malam tadi.

Terdapat beberapa insiden kekasaran yang berlaku ketika permainan berlangsung. Tindakan pengadil yang dilihat tidak keras dalam memberi amaran dan melayangkan kad kepada pemain turut dipersoal.

Perkara ini telah mendapat respon daripada pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Idris yang dilihat amat tidak bersetuju dengan keputusan pengadil perlawanan. Menurut Tunku Ismail, terdapat beberapa perlawanan lain juga yang perlu diambil kira.

Advertisements

“Ref teruk. Bukan game ini sahaja. Majority games setiap tahun.”

Tunku Ismail turut menyenaraikan beberapa perlawanan lain yang perlu diadili semula. Bagi Tunku Ismail, setiap tahun pasti ada isu pengadil yang merencatkan saingan Liga Malaysia. Pemilik JDT ini turut menggesa agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan segera.

“Sabah lwn Terengganu, JDT lwn Kelantan, Negeri Sembilan lawan Sarawak dan lain lain. Setiap tahun benda yang sama. Kami perlu Improvement dan FAM misti ambil tindakan,” ujar Tunku Ismail.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram