Dunia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris telah menyatakan bahawa beliau percaya usaha yang telah dilakukannya sejak mengambil alih pasukan Harimau Selatan itu telah membawa perubahan yang sangat besar dalam landskap bola sepak di Malaysia.

Baginda telah meninggalkan komen pada sebuah hantaran di laman Instagram pengacara sukan negara, Keesh Sundaresan yang memuat naik sekeping gambar dengan kata-kata ‘Tenang’ sebagai pelengkap gambar tersebut.

Namun begitu, ianya mendapat respon yang amat menyentuh apabila baginda Tunku meninggalkan komen sambil menyatakan bahawa Keesh merupakan individu pertama yang menemubual baginda semasa permulaan menceburi bidang pengurusan bola sepak.

Advertisements

‘Individu pertama yang menemubual saya semasa mula menceburi bola sepak. Pada masa itu, FAM, penyokong bola sepak tempatan, kumpulan media semua memandang rendah terhadap saya.’

‘Mereka menyangka saya tiada idea tentang bola sepak dan saya tidak mampu untuk laksanakan visi saya.’

Sungguhpun begitu, baginda menjelaskan bahawa kini semuanya memerlukannya dan juga penjenamaan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mendapatkan perhatian.

Advertisements

‘Suka atau tidak, benci atau suka saya, saya telah merevolusikan industri ini yang muka diikuti oleh kelab-kelab lain,’-Jelasnya dalam ruangan komen tersebut.

Akhir katanya, baginda juga mengucapkan terima kasih kepada Keesh sambil mendoakan agar beliau sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Komen TMJ 2 Tunku Ismail: Suka Atau Tidak, Saya Yang Merevolusikan Industri Bola Sepak Malaysia
Instagram: keesh.matstats
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram