Tunku Ismail: Semua Orang Tidak Sempurna Dan Buat Silap
Dunia
hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibrahim hari ini telah menjelaskan mengenai situasi yang terjadi dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia yang melibatkan pertemuan antara pasukan beliau menentang Terengganu FC yang berlansung di Stadium Sultan Ibrahim malam semalam.

Pada perlawanan tersebut, pasukan kendalian Benjamin Mora memulakan perlawanan dengan penu bergaya apabila mendapat suntikan semangat beraksi di laman sendiri dengan memperolehi tiga jaringan awal dalam tempoh 15 minit permainan.

Sungguhpun begitu, situasi mula bertukar apabila pemain tengah pasukan dan juga bekas jeneral Harimau Malaya, Safiq Rahim dilayangkan kad merah susulan insiden yang melibatkan pemain berusia 34 tahun itu dengan seorang pemain sayap pasukan lawan, Faisal Halim.

Advertisements

Insiden bermula apabila Safiq cuba menghalang larian yang dilakukan oleh pemain lincah tersebut namun tindakan susulan beliau yang membalas ‘usikan’ pemain itu memakan diri apabila beliau dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.

Ini memaksa pasukan JDT bermain dengan 10 pemain sehingga ke wisel penamat namun ia berjaya dilaksanakan dengan sangat baik apabila Terengganu tidak memperoleh sebarang jaringan.

Mengulas isu tersebut setelah mendapat persoalan di laman Twitternya, baginda Tunku percaya semua manusia orang ataupun individu tidak terlepas untuk melakukan kesilapan kerana hakikatnya semuanya adalah manusia biasa yang pastinya akan melakukan kesilapan.

Advertisements

‘Komen saya, semua orang atau individu membuat silap kerana kita tidak sempurna.’

‘Safiq meminta maaf kepada semua pemain, jurulatih dan juga barisan staf.’

Sambil itu, Tunku Ismail juga menjelaskan bahawa Safiq sudah pun sesal dengan peristiwa tersebut dan ia tidak menjadi satu masalah yang besar buat pasukan.

Advertisements

‘Benda sudah berakhir dan kita terus maju,’-Jelas baginda menerusi laman Twitter rasminya.

https://twitter.com/hrhjohorii/status/1464466593832833025?s=21
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram