Tunku Ismail Serikan Latihan JDT Di Sepanyol
Hiburan
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor hadir menyerikan sesi latihan pasukan Di Sepanyol.

Skuad kendalian Hector Bidoglio kini meneruskan persiapan menjelang baki 4 perlawanan yang bakal diharungi di Alicente hingga 30 April nanti.

JDT berjaya mengekalkan rekod kemenangan bersih di Sepanyol dalam tiga perlawanan awal selepas menundukkan Real Murcia, La Nucia dan juga Club Costa City dengan keputusan 7-0.

Advertisements

Satu hantaran oleh laman Johor Southern Tigers. sebelum ini memaklumkan berkenaan pertemuan Tunku Ismail dengan lagenda bola sepak Portugal, Luis Figo.

Figo kini bukan sahaja menggalas peranan sebagai duta Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) malah memainkan peranan sebagai penasihat kepada badan induk bola sepak Eropah itu selepas menerima perlantikan jawatan itu pada Oktober 2017.

Selain diskusi berkenaan perkembangan bola sepak, Tunku Ismail turut menjemput beliau untuk mengadakan lawatan ke Johor Bahru, Johor.

Advertisements

Hantaran terbaru oleh JST menyaksikan Tunku Ismail turun padang untuk menyerikan sesi latihan JDT sebagai persiapan rapi untuk menghadapi baki perlawanan di sana.

“Hari antara perlawanan adalah untuk berlatih,” ujar laman Johor Southern Tigers.

JDT dijadualkan bertemu CD Alcoyano bagi aksi ke-4 di Sepanyol pada 24 April 2024 jam 6 petang.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram