Advertisement
Tunku Ismail Sifatkan Penyokong JDT Kini Lebih Matang
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris semalam telah mengadakan satu sesi perjumpaan bersama para penyokong setia kelab JDT. Perjumpaan itu telah berlangsung pada malam hari dan bertempat di JDT Cafe, Padang Seri Gelam.

Menurut hantaran rasmi di Facebook Johor Southern Tigers, pertemuan itu adalah bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan masa depan kelab. TMJ bertemu dua mata bersama beberapa penyokong JDT yang terdiri daripada Boys of Straits dan beberapa ahli kelab penyokong.

Antara intipati perbincangannya adalah, Tunku Ismail Idris menyifatkan sikap para penyokong pada masa dulu dan kini berbeza. Menurut baginda, penyokong hari ini dilihat lebih matang dalam memahami perancangan sesebuah kelab.

Tunku Ismail Idris turut menegaskan bahawa perpaduan dan keharmonian dalam sesebuah kelab adalah segalanya. Kedua-dua aspek ini saling berkait rapat dan ia akan mempengaruhi kepada kekuatan dan konsistensi sesebuah kelab. 

Tambah baginda, para penyokong JDT perlulah berbangga dengan rekod dan pencapaian cemerlang yang diraih JDT ketika ini. Sejak 2013, pasukan Johor Darul Ta’zim sudah berjaya menjulang sebanyak 18 trofi kejuaraan.

Untuk rekod, Johor Darul Ta’zim berjaya merangkul lapan kali kejuaraan Liga Super berturut-turut sejak 2013. Pasukan Harimau Selatan ini juga memiliki sebanyak enam trofi Piala Sumbangsih dan dua trofi Piala Malaysia.

JDT juga pernah dinobatkan sebagai juara Piala AFC pada tahun 2015 dan juara Piala FA pada tahun 2016.