Tunku Ismail Sindir Sikap Segelintir Penyokong JDT Yang ‘Acah’ Tahu Urus Kelab
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Martin Prest, pengarah sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim hari ini telah tampil membuat satu pengumuman berkaitan perancangan semasa pasukan JDT untuk musim depan.

Juara Liga Super 8 tahun berturut itu memaklumkan bahawa mereka sedang dalam rundingan untuk menandatangani seorang pemain tempatan dan empat pemain import bagi musim 2022. Pemain muda, Hong Wan turut kekal bagi memperkuat pasukan JDT setelah pemain itu menerima pasport Malaysianya.

Rentetan daripada itu, JDT telah membuat keputusan untuk melepaskan Gonzalo Cabrera dan akan mengekalkan kesemua pemain luar negara yang berada dalam skuad ketika ini. Seorang pemain import bakal ditandatangani akan dan bergandingan bersama Bergson dibahagian serangan.

Advertisements

Disebalik perancangan semasa yang dinyatakan JDT, terdapat segelintir penyokong JDT yang kurang berpuas hati dengan pengumuman tersebut. Ia seperti tidak menurut kehendak hati beberapa penyokong kelab itu.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Idris terus tampil memberikan komentar di ruangan komen dalam hantaran tersebut. Menurut Tunku Ismail, ada beberapa orang penyokong yang lagaknya seperti hendak mengajar baginda bagaimana mengurus kelab.

“Empat stadium dan tiga pusat latihan. 18 trofi bersama skuad senior dalam masa lapan tahun dan 10 trofi diperingkat anak muda. Enam tajaan syarikat antarabangsa, juara Piala AFC dan bermain di ACL empat kali. Dua kali juara liga tanpa tewas.”

Advertisements

“Rekod paling lama catat kemenangan dan masih, ada beberapa penyokong yang mengajar saya bagaimana nak mengurus kelab. Hebat penyokong JDT ni, luar biasa,” sindir Tunku Ismail.

Komen Tunku Ismail itu telah diakhiri dengan satu emoji yang berbentuk mengantuk. Ia dilihat sebagai satu gambaran bahawa baginda sendiri sudah malas mahu melayan karenah segelintir penyokong yang ‘acah’ tahu menahu dalam menguruskan kelab.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram