Tunku Ismail Tidak Mahu Ambil Pemain Bintang Berperangai Diva
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dalam satu kenyataan di laman rasmi media sosial kelab Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Idris menjelaskan bahawa pasukannya sama sekali tidak berminat untuk membawa masuk pemain-pemain bintang yang berperangai diva.

Menerusi kenyataan yang diterbitkan, Tunku Ismail dilihat amat tegas dalam isu pemilihan pemain. Semalam, Tunku Ismail telah mengadakan perjumpaan bersama beberapa penyokong JDT yang terdiri daripada Boys Of Straits dan ahli-ahli kelab penyokong JDT bagi membincangkan serba-serbi tentang perancangan jangka masa panjang buat kelab.

Tunku Ismail menyatakan bahawa adalah sukar untuk mendapatkan seorang pemain bintang yang professional seperti Luciano Figueroa. Pengorbanan dan disiplin yang ditunjukkan Luciano ketika di JDT wajar sekali dicontohi.

Advertisements

Tambah Tunku, mengambil seseorang ‘marquee player’ sangat berisiko apabila terdapat sesetengah individu yang bersikap seperti seorang diva. Barangkali bintang-bintang sebegini jika dibawa masuk ke JDT akan mengalami masalh-masalah disiplin.

Pemilik kelab JDT itu juga menegaskan bahawa falsafah JDT adalah bermain sebagai satu unit. Kelab JDT amat mementingkan kerjasama dan keharmonian dalam pasukan. Di JDT, perpaduan adalah segalanya dan ia merupakan kekuatan kepada kelab.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram