Tunku Ismail Titip Pesanan Khas, Iringi Langkah JDT Ke Sepanyol
Eropah
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi titipan pesanan yang mengiringi perjuangan pasukan ke Sepanyol.

Skuad Harimau Selatan akan berkampung selama dua minggu di sekitar Alicante, bagi mengharungi aksi pra-musim di sana.

Pasukan bimbingan Hector Bidoglio juga akan mengharungi 7 aksi kompetitif berdepan kelab Eropah sebagai persediaan untuk mengharungi aksi musim 2024/25.

Advertisements

“Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjalani kempen pra-musim di Sepanyol dari 14 hingga 30 April dengan tujuh perlawanan persahabatan bakal dihadapi dalam tempoh dua minggu.”

“Harimau Selatan akan berpangkalan di Melia Villaitana Football Centre di perbandaran Benidorm di Alicante, Sepanyol.”

Tanggal 14 April 2024 menyaksikan JDT terbang ke Sepanyol namun menerusi perkongsian oleh laman Johor Southern Tigers, DYAM Tunku Mahkota Ismail sempat berkongsi kata-kata penting yang mengiringi perjalanan pasukan.

Advertisements

Barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Bidoglio diiringi oleh beberapa jurulatih lain seperti Aidil Zafuan, Pablo Richetti dan beberapa orang lagi kakitangan daripada Argentina.

Pasukan yang menjadi lawan bagi JDT masih belum diumumkan dengan aksi pertama musim 2024/25 bakal menyaksikan JDT bertemu Selangor bagi aksi Piala Sumbangsih 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram