Dunia
JOHOR Southern Tigers
Advertisements

Setelah lebih 20 tahun bergelar pemain bola sepak profesional, Shukor Adan dengan gemilangnya mengumumkan persaraan beliau setelah membantu kelabnya, KL City FC menumpaskan Johor Darul Ta’zim untuk merangkul Piala Malaysia 2021. Persaraan beliau kini boleh dianggap sebagai persaraan yang ‘sempurna’ apabila bukan sahaja bersara dengan sebuah piala malah impian terakhir beliau sebagai pemain bola sepak turut ditunaikan Tunku Ismail.

Satu perlawanan persahabatan telah diadakan antara DYAM Tunku Mahkota Johor, rakan media, bekas pemain bola sepak dan kakitangan di Stadium Sultan Ibrahim dalam satu hantaran Facebook JOHOR Southern Tigers. Apa yang lebih menariknya ialah kelibat Shukor Adan dalam perlawanan tersebut sekali gus menunaikan impian beliau yang tertangguh sebelum ini.

shukor tmj Tunku Ismail Tunaikan Impian Shukor Adan Yang Tertangguh
Antara gambar yang dikongsi oleh JOHOR Southern Tigers

Rata-rata peminat bola sepak tempatan pasti mengetahui antara hasrat Shukor Adan sebelum bersara adalah keinginan beliau untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim. Stadium baharu yang menjadi gelanggang rasmi pasukan Johor ini menjadi tumpuan ramai dengan kualiti padang serta fasiliti-fasiliti moden malah stadium ini turut memenangi ‘Stadium of The Year 2020’ kategori undian awam dalam satu laporan dari Utusan Malaysia.

Advertisements

Keinginan Shukor Adan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim sebelum ini terhalang ketika beliau sekadar memanaskan bangku simpanan sepanjang perlawanan Liga Super 2021 sewaktu KL City bertandang ke Johor pada bulan September lalu untuk menentang pasukan Johor Darul Ta’zim.

Shukor Adan dalam program Bola@Mamak

Dalam satu program temubual Bola@Mamak yang dihoskan oleh Hafizal Hamad, Hafizal telah berkongsi perbualan beliau bersama Tunku Mahkota Johor tentang keinginan Shukor Adan untuk bermain di Stadium Sultan Ibrahim. “Hafizal, nanti ajak Shukor Adan main, lepas Piala Malaysia kita main di padang itu” ujar Tunku Ismail menurut Hafizal Hamad.

Bukan sekadar kata-kata kosong, Tunku Ismail benar-benar mengadakan perlawanan persahabatan dan menjemput beberapa muka terkenal dalam arena bola sepak tempatan seperti Shukor Adan, Hairuddin Omar, Safee Sali, Amri Yahya dan ramai lagi.

Advertisements
Antara gambar yang dikongsi oleh JOHOR Southern Tigers

Shukor Adan tanpa berselindung menjelaskan bahawa beliau selaku pemain bola sepak benar-benar ingin merasai bagaimana bermain di atas padang tersebut yang memiliki kualiti rumput yang tinggi. Malah beliau sempat bergurau bahawa memanaskan badan sahaja sudah memadai buat dirinya dalam temubual tersebut.

Tahun 2021 pastinya menjadi momen terbaik buat legenda bola sepak negara ini setelah beliau mengakhiri persaraan dengan sebuah Piala Malaysia. Malah hasrat Shukor Adan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim juga turut terlaksana!

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram