Ubi Muda Malaysia Terus Pamer Taring Di Bumi Eropah
Dunia
Dennis Bekking
Advertisements

Umum mengetahui pasukan Malaysia Bawah 15 (B-15) telah menyertai sebuah kejohanan yang dinamakan Pertandingan Pembangunan UEFA B-15 yang berlangsung di Macedonia Utara.

Pertandingan ini sudah tentu akan memberikan pendedahan berguna buat ‘ubi muda’ negara apabila menentang negara-negara eropah yang lain.

Semalam, skuad negara berjaya mengejutkan pasukan bawah 15 tahun Armenia dengan keputusan 2-0. Walaupun memenangi perlawanan ini, Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Dennis Bekking akui ianya bukanlah satu perlawanan terbaik skuad negara.

Advertisements

Namun begitu, beliau memberikan pujian kepada para pemain negara yang sentiasa bersemangat dan berjaya mempamerkan kebijaksanaan ketika beraksi.

Pada aksi pertama menentang Kosovo, skuad negara tewas melalui sepakan penalti selepas kedudukan terikat 2-2. Manakala pada perlawanan kedua pula, Malaysia berjaya menewaskan pasukan Macedonia Utara melalui sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram