Ucapan Menyentap Emosi Baddrol Bakhtiar Jadi Lambaian Perpisahan Dengan Kedah
Dunia
Kedah Darul Aman
Advertisements

Bintang dan lagenda bola sepak tanah air, Baddrol Bakhtiar kelmarin telah membuat satu hantaran di Instagram miliknya. Hantaran tersebut telah memaparkan video berdurasi 4 minit 56 saat beserta caption yang menyentap emosi ramai peminat bola sepak tempatan.

Video tersebut telah memaparkan setiap detik-detik indah Baddrol selama mana bersama Kedah. Juga ada dalam video, aksi ketika awal-awal Baddrol mewakili Kedah, ketika gandingan berbisa Baddrol dan Khyril Muhymeen ketika dibawah kendalian Azraai Khor Abdullah.

Turut diselitkan dalam video tersebut adalah kompilasi gol-gol cantik Baddrol dari luar kotak penalti. Caption sedih yang menjadi lambaian perpisahan Baddrol dan Kedah telah mendapat perhatian ramai pemain bola sepak dan penyokong Kedah.

Advertisements

“Terima kasih saya ucapkan kepada pengurusan Kedah FC dan penyokong pasukan Kedah Terima kasih memberikan kenangan selama 16 tahun bersama.”

“Saya akui di awal musim saya menerima kritikan yang amat hebat, sehingga segelintir penyokong mahukan saya untuk keluar dari Kedah. Saya terima kritikan dengan positif dan memberi yang terbaik di setiap perlawanan untuk pasukan kerana hasrat dihati saya dan pasukan hanya ingin melihat pasukan Kedah sentiasa berjaya dan di puncak.”

Baddrol yang menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada setiap penyokong, pemain dan pengurusan Kedah itu turut mengharapkan doa sentiasa mengiringi untuk dirinya dan semua. Menurut Baddrol, jatuh bangun bersama Kedah, Kedah tetap terus terpahat dalam kamus kehidupannya.

Advertisements

“Jatuh bangun saya bersama Kedah, Kedah tetap di hati saya. Doakan yang terbaik untuk kita semua. Terima kasih Kedah untuk 16 tahun bersama. Terima kasih penyokong dan pengurusan pasukan Kedah. Tanpa anda tiada lah saya,” tulis Baddrol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram