UCL: AC Milan Bangkit Singkirkan Newcastle United Dari Saingan Eropah
UEFA Champions League
Newcastle United
Advertisements

Newcastle United gagal melepasi peringkat kumpulan dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) selepas kecundang di tangan jaguh Itali, AC Milan di laman sendiri.

Dalam aksi yang berlangsung di St James Park, Newcastle United yang turun untuk meraih tiga mata bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya dilihat beraksi cemerlang dengan asakan bertali arus ke kubu lawan.

AC Milan yang memulakan aksi dengan dengan berada di kedudukan tercorot kumpulan F berjaya menyerap serangan dari pasukan tuan rumah namun akhirnya dibolosi pada minit ke-33 menerusi jaringan Joelinton.

Advertisements

Aksi seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan sekaligus menamatkan aksi babak pertama dengan keputusan 1-0 memihak Newcastle United.

Bersambung aksi di babak kedua, AC Milan cuba bangkit menajamkan barisan serangan dan usaha itu tampak berhasil apabila Christian Pulisic berjaya menyamakan kedudukan buat La Rossoneri.

Samuel Chukwueze menjadi wira AC Milan apabila menjaringkan gol kedua pasukan seminit selepas beliau dimasukkan dan keputusan 2-1 memihak pelawat kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Advertisements

Keputusan ini melonjakkan kedudukan AC Milan ke tangga ketiga kumpulan F untuk beraksi di saingan Liga Eropah manakala Newcastle United terpaksa berpuas hati sekadar mengakhiri saingan peringkat kumpulan di tangga tercorot.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram