Advertisement
UCL: Arsenal Atasi Monaco, Juventus Malukan Man City
UEFA Champions League
MakanBola
Arsenal/Juventus

Nasib berbeza menimpa Arsenal dan Manchester City dalam aksi terbaru saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Arsenal terus memperkukuh kedudukan liga UCL dengan mengalahkan kelab Ligue 1, AS Monaco di Stadium Emirates.

Pemain sayap England, Bukayo Saka menyumbat gol pada minit ke-34 dan 78. Ini menjadikan koleksi golnya dalam semua kejohanan musim 2024/25 kini sembilan gol.

Bekas penyerang Chelsea, Kai Havertz menyumbat satu lagi gol bagi memastikan Arsenal meraih kemenangan 3-0. Ini memastikan Arsenal kekal tanpa kalah dalam tujuh perlawanan.

Situasi berbeza dialami juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City. City tewas lagi buat kali ketujuh dalam semua kejohanan apabila tunduk 2-0 kepada Juventus.

Juventus yang dibimbing legenda Barcelona, Thiago Motta menyumbat dua gol pada separuh masa kedua menerusi Dusan Vlahovic dan Weston McKennie.

Kekalahan ini menyaksikan City bukan saja merekodkan satu kemenangan dalam 10 perlawanan terakhir mereka dalam semua kejohanan. Malah, mereka juga turut dibolosi 23 kali dalam tempoh yang sama.

Keputusan ini menyaksikan Arsenal dan City masing-masing menduduki tangga ketiga dan ke-22 liga UCL dengan 13 dan 8 mata.

Selepas ini, City bakal berdepan musuh setempat, Manchester United pada 16 Disember. Arsenal pula akan menentang Everton pada 14 Disember ini.