Advertisement
UCL: Arsenal Belasah Sporting CP Tanpa Belas Kasihan
UEFA Champions League
MakanBola
Arsenal

Aksi saingan Liga Juara-Juara Eropah pagi ini menyaksikan Arsenal membelasah Sporting CP tanpa belas kasihan. 

Kedua-dua membariskan kesebelasan utama terbaik, Sporting kini tempang tanpa jurulatih utamanya yang baru sahaja berhijrah.

Penguasaan permainan bagi separuh masa pertama berpihak kepada Arsenal dengan 53 peratus sementara Sporting 47 peratus. 

Tiga gol berjaya dihasilkan oleh pasukan pelawat, Arsenal dalam separuh masa pertama tanpa sebarang balasan gol oleh pasukan tuan rumah, Sporting. 

Separuh masa pertama, Sporting 0-3 Arsenal

Sporting kembali garang seawal separuh masa kedua bermula, pemain pertahanan, Goncalo Inacio menjaringkan gol pertama pasukan pada minit ke-47 permainan. 

Kemudiannya, skuad kendalian Arteta terus bangkit dari kelekaan apabila Bukayo Saka menggandakan jaringan keempat pasukan pada minit ke-65 permainan.

Pada minit ke-82, The Gunners terus menghukum Sporting apabila. Leandro Trossarf d menghadiahkan gol kelima pasukan sekaligus melenyapkan impian pasukan tuan rumah untuk mengejar kedudukan. 

Perlawanan tamat, Arsenal berjaya menewaskan Sporting CP di Lisbon dengan keputusan 5-1.

Ketika ini, Arsenal dan Sporting berkongsi 10 mata di tempat ketujuh dan kelapan dengan lima perlawanan telah berlangsung.