Arsenal dan PSV mencatat keputuusan seri 1-1 dalam perlawanan terakhir saingan Liga Juara-Juara Eropah untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati.
Arsenal menguasai pegangan bola pada separuh masa pertama namun hanya melakukan 1 percubaan tepat ke arah gawang gol lawan.
Satu percubaan itu sudah cukup buat pasukan Mikel Arteta untuk merobek gawang gol PSV menerusi Eddie Nketiah yang tenang menerima hantaran Reiss Nelson.
PSV pula memiliki lebih banyak percubaan pada babak pertama perlawanan tetapi mereka gagal memanfaatkan kesemua peluang tersebut.
Bersambung babak kedua, PSV akhirnya berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan penyerang Y. Vertessen pada minit ke-58.
PSV masih merekodkan jumlah percubaan yang banyak dalam perlawanan ini tetapi sekadar mampu menjaringkan 1 gol.
Tamat perlawanan, Arsenal terikat seri 1-1 menentang PSV dan kini kedua-dua pasukan mengesahkan slot ke peringkat kalah mati UCL.