Advertisements
UCL: Atletico Madrid Gah Bangkit Singkirkan Inter Milan
UEFA Champions League
MakanBola
Inter

Atletico Madrid turun dengan misi besar untuk mengatasi agregat 0-1 Inter Milan dalam aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Metropolitan.

Inter Milan menggandingkan Lautaro Matrtinez dan Marcus Thuram dibahagian serangan pasukan bagi menembusi benteng kebal Atletico digelanggang lawan.

Gol pertama Inter hadir menerusi jaringan Federico Dimarco yang berjaya menyempurnakan hantaran daripada Niccolo Barella pada minit ke-33 permainan.

Tersentak dengan gol tersebut, Atletico pantas melakukan serangan balas dan menyamakan kedudukan hasil jaringan Antoine Griezmann dua minit kemudian.

Bersambung babak kedua, Atletico meningkatkan usaha mereka dalam mencari satu gol penting bagi menyamakan agregat semasa.

Gol yang ditunggu-tunggu menjelma pada minit ke-87 menerusi jaringan Memphis Depay yang menerima bola hantaran daripada pemain tengah, Koke.

Agregat 2-2 menyaksikan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan setelah tamatnya 90 minit aksi permainan.

Tamat perlawanan, kedua-dua pasukan kekal terikat dengan agregat 2-2 dan diteruskan dengan penentuan sepakan penalti.

Malang buat Lautaro Martinez, Davy Klaassen dan Alexis Sanchez apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti buat Inter Milan dan memberi peluang besar kepada Atletico Madrid dalam penentuan sepakan penalti.

Atletico Madrid berjaya menewaskan Inter Milan menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 sekaligus menyingkirkan kelab Itali tersebut.