Advertisements
UCL: Barcelona Tamatkan ‘Badi’ Mara Ke Suku Akhir, Tundukkan Napoli
UEFA Champions League
MakanBola
fcbarcelona

Perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara sebentar tadi menyaksikan pertembungan antara Barcelona dan Napoli berakhir dengan keputusan 3-1.

Sebelum ini, Barcelona dirantai Napoli dengan keputusan 1-1 bagi perlawanan pertama pusingan 16. Pagi ini, bagi perlawanan kedua pusingan 16 Barcelona sekalis gus mara ke suku akhir selepas menang agregat (4-2).

Separuh masa pertama dilihat penguasaan bola lebih kepada Barcelona. Pemain muda tengah Barcelona, Fermin Lopez tidak membuang masa apabila pada minit ke-15 beliau berjaya membuka tirai perlawanan menerusi dummy tenang daripada Robert Lewandowski di dalam kotak penalti.

Selang dua minit perlawanan, pemain Barcelona, Lamine Yamal membuat sepakan kencang dalam kotak penalti namun terkena tiang, bola tersebut melantun semula dan disambung menerusi sepakan deras Joao Cancelo sekaligus menewaskan penjaga gol, Napoli.

Tersentak dengan kedua-dua jaringan Barcelona, usaha Napoli membuat beberapa serangan akhirnya berjaya selepas pemain Napoli, Amir Rrahmani menjaringan gol pertama bagi merapatkan kedudukan 2-1 sebelum tamat separuh masa pertama.

Babak kedua bersambung masing-masing mencari jaringan gol dengan beberapa serangan cantik, malangnya tidak berhasil hingga minit ke-80 perlawanan.

Akhirnya, penyerang Barcelona, Robert Lewandowski berjaya memecah kebuntuhan mencetak gol kemenangan untuk Barcelona menerusi sepakan tenang sekaligus menewaskan penjaga gol Napoli.

Lima minit masa tambahan tidak mengubah apa-apa keputusan. Perlawanan tamat Barcelona mendahului 3-1 Napoli.