UCL: Bayern Munich ‘Hadiahkan’ Man United Penyingkiran Awal
UEFA Champions League
Manchester United
Advertisements

Man United terpaksa menelan kepahitan apabila tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) hari ini.

Ini selepas mereka tewas tipis 1-0 kepada Bayern Munich dalam aksi terakhir Kumpulan A di Old Trafford.

United perlu menang hari ini jika mahu layak ke pusingan 16 pasukan terbaik UCL sebagai naib juara Kumpulan A.

Advertisements

Begitupun, Die Roten turun dengan misi meraih kemenangan selepas dibelasah 5-1 oleh Eintracht Frankfurt dalam Bundesliga beberapa hari lepas.

Babak pertama menyaksikan The Red Devils bergelut mengekang asakan Bayern diketuai penyerang England, Harry Kane.

Advertisements

Barisan pertahanan United diketuai Harry Maguire memastikan keputusan kekal seri tanpa jaringan sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, Die Roten mula meningkatkan asakan ke kubu pertahanan tuan rumah. Gol yang dicari mereka hadir pada minit ke-70 menerusi Kingsley Coman.

Advertisements

Gol tersebut sudah cukup untuk Bayern meraih tiga mata di Old Trafford. Penyingkiran United disahkan apabila FC Copenhagen mengiringi Die Roten ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Galatasaray 1-0 dalam satu lagi aksi Kumpulan A.

Ini kali pertama United tersingkir di peringkat kumpulan sejak tahun 2005.

Advertisements

Dan tugas mereka bakal jadi lebih sukar kerana menentang Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield pada 18 Disember ini.

Sofascore memilih Coman sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 7.9 mata dengan Kane di tempat kedua dengan 7.8 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram