UCL: Borussia Dortmund Buntu Diikat PSV Eindhoven
UEFA Champions League
Borussia Dortmund
Advertisements

Ketumpulan jentera serangan kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund mengakibatkan mereka sekadar seri 1-1 dengan PSV Eindhoven dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Kedua-dua pasukan tahu kemenangan hari ini bakal memberi kelebihan dari segi agregat untuk aksi timbal balik di Signal Iduna Park pada 14 Mac ini.

Atas sebab itu, Der BVB yang dibimbing Edin Terzic berusaha mendapatkan gol awal meskipun berdepan sorakan penyokong lawan di Stadium Philips.

Advertisements

Serangan bertubi-tubi tuan rumah akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-25. Selepas menerima hantaran daripada Marcel Sabitzer, Donyell Mallen melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gol pelawat, Walter Benitez.

Gol tersebut memberi suntikan semangat kepada jentera serangan tuan rumah untuk memburu jaringan tambahan.

Bagaimanapun, barisan pertahanan PSV diketuai Sergino Dest memastikan keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, jentera serangan Dortmund terdiri daripada Mallen, Marco Reus, Jadon Sancho dan Nicklas Fullkrug terus memberi tekanan kepada pelawat tetapi gagal.

Sebaliknya, PSV mendapat talian hayat apabila dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-54. Ini selepas Mats Hummels dikesan menjatuhkan Malik Tilmann dalam kotak penalti.

Sepakan penalti tersebut mudah disempurnakan kapten The Boeren, Luuk de Jong yang menewaskan penjaga gol Der BVB, Alexander Meyer.

Advertisements

Kedua-dua pasukan berusaha mencari gol tambahan bagi mendapatkan kemenangan tetapi tidak berhasil. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan hari ini menjadikan ini keputusan seri ketiga yang direkodkan Der BVB dalam empat perlawanan dalam semua kejohanan.

Sofascore memilih Mallen sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini dengan markah 7.9 mata. Sementara de Jong dan Benitez dipilih pemain terbaik PSV dengan markah 7.4 mata.

Advertisements

Kedua-dua pasukan bakal bersemuka sekali lagi untuk aksi timbal balik di Signal Iduna Park pada 14 Mac ini. Ini bagi menentukan siapa bakal mara ke suku akhir UCL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram