UCL: Galatasaray Bangkit Ikat Man United
UEFA Champions League
Manchester United
Advertisements

Man United sekali lagi membazirkan peluang meraih kemenangan apabila sekadar seri 3-3 dengan kelab gergasi Turki, Galatasaray dalam aksi kelima Kumpulan A.

Kedua-dua pasukan amat memerlukan kemenangan untuk mengintai peluang layak ke pusingan 16 pasukan terbaik sebagai naib juara Kumpulan A.

Bagaimanapun, United terlebih dahulu di hadapan menerusi pemain sayap Argentina, Alejandro Garnacho pada minit ke-11.

Advertisements

Belum sempat tuan rumah bangkit daripada gol tersebut, rembatan kencang kapten Bruno Fernandes tujuh minit selepas itu meletakkan United 2-0 di hadapan.

Pemain sayap Maghribi yang dipinjamkan daripada Chelsea, Hakim Ziyech merapatkan jurang buat tuan rumah pada minit ke-29. Keputusan 2-1 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, pelawat kembali berkeyakinan menerusi gol Scott McTominay pada minit ke-55.

Begitupun, Galatasaray terus memberi tekanan kepada The Red Devils. Hasilnya, Ziyech sekali lagi merapatkan jurang buat tuan rumah menerusi sepakan percuma pada minit ke-62.

Advertisements

Kebangkitan The Lions lengkap menerusi gol pemain gantian, Kerem Akturkoglu pada minit ke-69 selepas menerima hantaran Ziyech. Keputusan 3-3 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan United di tangga tercorot kumpulan dengan empat mata. Manakala Galatasaray di tangga ketiga kumpulan dengan lima mata.

Advertisements

United masih berpeluang layak ke pusingan seterusnya. Bagaimanapun, mereka perlu menang ke atas Bayern Munich dalam aksi terakhir kumpulan pada 13 Disember.

Yang pasti, penyokong United akan menyalahkan Victor Lindelof dan Andre Onana untuk keputusan hari ini. Ini disebabkan Sofascore memberi markah kepada kedua-dua pemain itu masing-masing 6.3 dan 5.9 mata.

Ziyech dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 9.2 mata, tujuh mata di hadapan Fernandes yang mendapat 8.5 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram