UCL: Inter Milan Pamer Bisa, Atletico Madrid Tak Nampak Gawang Gol Lawan
UEFA Champions League
Inter Milan
Advertisements

Inter Milan berjaya menewaskan cabaran Atletico Madrid dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Kemenangan Inter Milan memberikan sedikit kelegaan sebelum bertandang ke gelanggang Stadium Metropolitan kelak namun peluang juga masih terbuka buat Atletico Madrid.

Kedua-dua pasukan melancarkan beberapa siri serangan dalam mencari bekalan gol awal dalam perlawanan ini dan Inter Milan mempamerkan kualiti yang lebih haik daripada Atletico Madrid.

Advertisements

Namun aksi separuh masa pertama kekal terikat tanpa jaringan dan Inter Milan terpaksa menunggu babak kedua untuk gol pertama pasukan.

Bekas pemain Stoke City, Marko Arnautovic muncul wira Inter apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-79.

Tersentak dengan jaringan itu, Atletico pantas melakukan serangan balas namun gagal menewaskan penjaga gol Inter, Yann Sommer.

Advertisements

Kualiti penyudah Atletico tumpul dalam aksi ini apabila merekodkan 0 percubaan tepat daripada 7 percubaan yang dilakukan mereka.

Manakala Inter Milan mempunyai banyak peluang terhidang getapi hanya mampu meraih 1 gol dalam 19 percubaan yang dilakukan.

Tamat perlawanan, Inter Milan menang tipis 1-0 ke atas Atletico Madrid dan bakal sekali lagi bertemu dalam aksi kedua pusingan 16 pada 14 Mac kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram