Advertising
UCL: Barcelona ‘Dirantai’ Napoli
UEFA Champions League
MakanBola
FC Barcelona

Barcelona kempunan mendapat kelebihan awal untuk aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara UEFA (UCL) apabila sekadar seri 1-1 dengan Napoli.

Pertembungan Barca dan Gli Azzurri amat dinantikan ramai peminat bola sepak meskipun kedua-dua kelab kini berdepan prestasi kurang memberangsangkan dalam liga domestik masing-masing.

Separuh masa pertama menyaksikan Barcelona berusaha mencipta beberapa gerakan serangan untuk mendapatkan jaringan awal.

Ad

Malangnya, usaha mereka kerap digagalkan barisan pertahanan tuan rumah diketuai bek tengah Kosovo, Amir Rrahmani.

Ad

Kesungguhan Napoli mematahkan serangan pelawat memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat di Stadium Diego Armando Maradona.

Bersambung pada babak kedua, Barca yang dibimbing Xavi mula meningkatkan asakan mereka ke arah kubu pertahanan tuan rumah.

Ad

Bagaimanapun, mereka perlu menunggu sehingga minit ke-60 untuk membuka tirai jaringan menerusi Robert Lewandowski.

Tersentak, Gli Azzurri bangkit melancarkan serangan bagi mendapatkan gol penyamaan. Hasilnya, Victor Osimshen menyudahkan hantaran Frank Aguissa untuk menewaskan Marc-Andre ter Stegen pada minit ke-75.

Kedua-dua pasukan kemudiannya cuba mendapatkan gol kemenangan tetapi tidak berhasil. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keampuhan Lewandowski sebagai tonggak serangan Barca diiktiraf Sofascore sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini. Beliau mendapat markah 7.9 mata, 0.4 mata di hadapan Anguissa.

Kedua-dua pasukan bakal bersemuka semula pada 13 Mac ini di Nou Camp untuk menentukan siapa bakal mara ke suku akhir.