UCL: Kylian Mbappe Pimpin PSG Tewaskan Real Sociedad
UEFA Champions League
PSG
Advertisements

Paris Saint-Germain (PSG) meraih kelebihan awal dalam pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dengan mengatasi Real Sociedad 2-0 pada aksi pertama awal pagi ini.

Dengan PSG beraksi di gelanggang sendiri, kelebihan ini mahu dimanfaatkan kelab gergasi Perancis itu sebelum aksi kedua di San Sebastian pada 6 Mac ini.

Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan mula mengatur gerakan serangan bagi mendapatkan kelebihan gol awal.

Advertisements

Perkara ini terserlah menerusi statistik yang disediakan oleh Sofascore pada babak pertama. Babak pertama menyaksikan PSG dan La Real masing-masing merekodkan empat dan lima percubaan.

Bagaimanapun, hanya satu percubaan ke arah gol yang direkodkan tuan rumah tetapi ditepis penjaga gol pelawat, Alex Remiro. Keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung selepas rehat, PSG mula meningkatkan tekanan ke atas La Real bagi mendapatkan kelebihan gol.

Advertisements

Akhirnya, gol yang dicari-cari muncul pada minit ke-58. Kapten Perancis, Kylian Mbappe menceriakan Parc des Princes dengan rembatan yang menewaskan Remiro.

Tersentak, pelawat yang dibimbing Imanol Alguacil berusaha mendapatkan gol penyamaan. Malangnya, usaha mereka digagalkan barisan pertahanan PSG diketuai kapten, Marquinhos.

Sebaliknya, giliran tuan rumah pula menggandakan kelebihan mereka pada minit ke-70. Pemain sayap muda, Bradley Barcola berjaya melepasi pertahanan La Real sebelum menolak bola melepasi Remiro.

Advertisements

Dua gol tersebut sudah cukup memastikan PSG meraih kemenangan di Parc des Princes pada akhir perlawanan.

Sofascore memilih Mbappe sebagai pemain terbaik perlawanan dengan 8.1 mata, 0.1 mata di hadapan rakan sepasukan Fabian Ruiz.

Kemenangan ini dijangka meneruskan momentum PSG apabila mereka kembali ke saingan Ligue 1 hujung minggu ini. Mereka bakal turun menentang Nantes pada awal pagi 18 Februari.

Advertisements

Sementara Sociedad pula berharap dapat kembali bangkit dalam saingan La Liga. Mereka akan turun menentang Real Mallorca pada awal pagi 19 Februari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram