UCL: Liverpool Leburkan Impian AC Milan
UEFA Champions League
Liverpoolfc
Advertisements

Pasukan Liverpool FC meneruskan rekod kekal tanpa kalah dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah apabila menang ke atas pasukan AC Milan dengan keputusan 2-1 di Stadium San Siro awal pagi tadi. Kekalahan tersebut menyebabkan pasukan dari Itali itu gagal untuk mara ke pusingan 16 terakhir.

Perlawanan bermula dengan seimbang apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk mengawal bola dengan baik. Pada minit ke-29 permainan, pasukan AC Milan berjaya menjaringkan gol pembukaan menerusi Fikayo Tomori.

Kedudukan mendebarkan pada minit ke-39 permainan, Mohammed Salah dengan tenang menyumbat gol ke gawang AC Milan selepas kegagalan M.Maignan menahan kemas sepakan deras daripada Oxlade Chamberlain. Separuh masa tamat dengan jaringan 1-1.

Advertisements

Liverpool tidak menunggu lama untuk menghasilkan jaringan kedua, wira Liverpool, Divock Origi sekali lagi menjadi wira apabila menanduk kemas bola muntah daripada penjaga gol AC Milan. Gol tersebut sekaligus memberi kelebihan buat The Reds hingga ke wisel penamat.

Untuk Rekod, Pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah juga berjaya menjaringkan 7 gol dalam 6 perlawanan yang telah berlangsung. Pasukan Liverpool menjadi pasukan Inggeris pertama kekal tanpa kalah dengan jumlah 18 mata sekaligus menutup saingan kumpulan B sebagai Juara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram