UCL: Man City Pamer Kebangkitan Luar Biasa Benam RB Leipzig
UEFA Champions League
Manchester City
Advertisements

Liga Juara-Juara Eropah (UCL) meneruskan saingannya dengan wakil England, Manchester City melayan kunjungan kelab Jerman, RB Leipzig dalam aksi yang penuh dengan debaran awal pagi tadi.

Leipzig dilihat menurunkan kesebelasan utama terbaik mereka namun sedikit berbeza buat Man City yang dilihat menurunkan penjaga gol simpanan mereka, Stefan Ortega.

Perlawanan dimulakan oleh Man City. Leipzig terlebih dahulu menguji pintu gol Man City melalui percubaan Xavi Simons pada minit ke-5, namun percubaan jarak jauh pemain muda itu tersasar.

Advertisements

Leipzig akhirnya berjaya mengejutkan tuan rumah seawal minit ke-13 perlawanan melalui penyudah Lois Openda yang memanfaatkan kesilapan pertahanan Man City setelah gagal mengeluarkan bola dari kawasan merbahaya. Leipzig 1-0 di hadapan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Man City dilihat lebih bernafsu untuk menyerang kubu Leipzig.

Advertisements

Ketika Man City sibuk mengatur serangan, Leipzig berjaya menghukum mereka sekali lagi dengan jaringan kedua pada minit ke-33, sekali lagi melalui penyudah Lois Openda yang berjaya memperdaya pertahanan Man City.

Ketinggalan 2-0, Man City cuba bangkit sebelum wisel separuh masa ditiupkan namun kedudukan itu kekal memihak Leipzig menuju ke bilik persalinan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, pengendali Man City, Pep Guardiola membawa masuk Julian Alvarez dan Jeremy Doku untuk menambah kelajuan di bahagian serangan Man City.

Selepas serangan demi serangan, Man City akhirnya berjaya merapatkan kedudukan hasil jaringan Erling Haaland pada minit ke-54 yang menyempurnakan hantaran dari Phil Foden.

Advertisements

Man City terus mempamerkan penguasaan bola dengan lebih 70 peratus penguasaan bola menjadi milik mereka.

Phil Foden berjaya mengembirakan ribuan penyokong tuan rumah apabila berjaya meledak untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-70 perlawanan.

Kebangkitan Man City tidak terhenti di situ sahaja. Pemain gantian, Julian Alvarez membalas kepercayaan Guardiola dengan menjaringkan gol kemenangan buat Man City pada minit ke-87.

Kedudukan 3-2 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan sekali gus menyaksikan Man City terus mengungguli Kumpulan G Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan 100 peratus dalam 5 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram