UCL: Manchester City, Liverpool, Real Madrid & Villarreal Mara Ke Separuh Akhir
Eropah
MakanBola
AP Photo
Advertisements

Dua wakil Liga Perdana Inggeris, Manchester City & Liverpool mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Liga Juara-juara UEFA 2021/22 selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing secara agregat.

Liverpool yang sebelum ini membawa bekalan selesa dari Benfica mengikat lawannya 3-3 dalam aksi ke-2 separuh akhir di Anfield dan mara ke separuh akhir dengan agregat 6-4.

Advertisements

Manakala Manchester City bergelut dalam perlawanan ke-2 sebelum berjaya mengikat Atletico Madrid tanpa sebarang jaringan di Stadium Wanda Metropolitano sekaligus turut mara ke separuh akhir dengan agregat 1-0.

Liverpool dijadualkan bertemu Villarreal manakala Manchester City bertemu Real Madrid dalam aksi separuh akhir Liga Juara-juara UEFA sekaligus menjadikan musim ini pertembungan kuasa besar kelab England dan Sepanyol.

Advertisements

Liverpool bakal melayani kuncungan Villarreal pada 28 April ini manakala Manchester City menerima kunjungan Real Madrid pada masa dan tarikh yang sama.

Dalam edisi sebelum ini, Chelsea menjuarai Liga Juara-juara UEFA namun The Blues ditunjukkan jalan keluar di suku akhir oleh Real Madrid.

Advertisements

News Comments Account